Utama arrow Muka Hadapan

medkom@johor.gov.my

holistik_cari
Halaman Utama Holistik
Carian

medkom@johor.gov.my

medkom@johor.gov.my

Dokumen dan terumbu jadi pengajaran perihal kedaulatan

MEMANG menjadi kelemahan manusia, bila terhantuk baru terngadah.

Peribahasa yang cukup tepat untuk mencerminkan kelemahan kita. Manakan tidak, selepas sekian lama satu terumbu yang kita panggil Pulau Batu Puteh menghiasi peta negara, ia tiba-tiba lenyap hampir begitu sahaja.

Malu sudah semestinya kerana terumbu itu yang nyata dalam wilayah kita tapi akhirnya milik hakiki orang jauh yang sungguh-sungguh mengusahakannya.

Sedih kerana mengenangkan kepayahan dan kejanggalan para nelayan kita yang tidak lagi boleh menghampiri kawasan itu walau ia umpama di depan mata.

Marah tidak dapat dinafikan perasaannya kerana ia berakhir sedemikian angkara kelemahan kita yang tidak cermat dengan dokumen.

Tabiat mengambil mudah terhadap pentingnya menyimpan dokumen, tidak kiralah berkaitan dengan apa dan siapa, di kalangan kita perlu segera diubah.

Dokumen, terutama yang lama tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan. Pedulikanlah jika ada yang mempersendakan dengan berkata ia layak dihantar ke muzium sahaja.

Meminjam kata-kata Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman semasa berucap pada persidangan Dewan Negeri yang lepas:
“Jangan ambil mudah (dengan dokumen) kerana mungkin ia digunakan oleh mana-mana pihak untuk kepentinganmereka.

“Kita kena simpan semua dokumen,”.

Sekurang-kurangnya nasib Pak Kaduk tidaklah buruk sangat. Walau kampung tergadai, masih boleh tersenyum kerana menang sorak

Kita sudah mempelajari sesatu yang pahit dan seharusnya tidak akan terhantuk lagi.

Untuk itu, kedaulatan kita ke atas dua buah pulau lagi – Pulau Pisang dan Merambong yang amat dikhutariti menerima nasib serupa terumbu Batu Puteh sudah kita perkukuhkan.

Dokumen menyata keizinan Sultan Ibrahim kepada British hanya untuk sebidang tanah seluas 0.4 hektar di atas Pulau Pisang semata-mata bagi didirikan sebuah rumah api disimpan rapi.

Hak milik mutlak ke atas keseluruhan pulau itu juga terbukti di Pejabat Tanah dan Galian.

Begitu juga dengan Pulau Merambong. Selain dokumen milik sahih, batu penanda sempadan juga sudah jelas kelihatan.

Tidak mustahil sedikit masa lagi Jalur Gemilang akan berkibar gagah di pulau tak berpenghuni ini sebagai bukti ia milik kita tanpa boleh dipertikaikan lagi.


Muka Hadapan
Jangan ungkit persetujuan terdahulu Print E-mail
Fokus
Tarikh 31 Ogos ini, bukan sekadar untuk diingati, kerana kemerdekaan bukan hanya satu catatan sejarah. Kemerdekaan mempunyai pengertian amat mendalam, sarat dengan pengalaman dan pengajaran.
Read more...
 
Pulau Pisang: Kedaulatan Malaysia Amat Jelas Print E-mail
Fokus
KEDAULATAN Malaysia ke atas Pulau Pisang tidak pernah tergugat meskipun pengurusan rumah api di pulau itu dikendalikan Singapura.
Read more...
 
Batu sempadan di Pulau Merambong Print E-mail
Fokus
PULAU Merambong kini seharusnya tidak lagi berada dalam keadaan ‘bahaya’ selepas Jabatan Ukur dan Pemetaan menanam batu penanda persempadanan di situ.
Read more...
 
Pulau kita milik kita Print E-mail
Fokus
TERPADAMNYA Pulau Batu Puteh daripada peta Malaysia memberi satu pengajaran yang amat pahit kepada negara.
Read more...
 
Resolusi Senai : Janji wakil rakyat Print E-mail
Semasa
LIMA puluh Ahli Dewan Negeri Johor berikrar mempertahankan integriti dalam kepimpinan politik sebagai usaha mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan, seterusnya mempertahankan kelangsungan sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka.
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 10 of 19

Bahan-bahan yang disimpan dalam arkib di susun mengikut kategori dan bulan holistik diterbitkan.

bil 001 :
Dis 2006
bil 002 :
Feb 2007
bil 003 :
Mei 2007
bil 004 :
Julai 2007
bil 005 :
Ogos 2007
bil 006 :
Okt 2007
bil 007 :
Jan 2008
bil 008 :
Feb 2008
bil 009 :
Sept 2008
 

Penafian :
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara © 2006 Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh UN IT MEDIA DAN KOMUNIKASI (MedKom), PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR.